Tuesday 11 October 2011

Tahniah

Anugerah Murid Gemilang
 Nama :
Saadatun Hana Binti Md Demy Ati @ Faisal

Pencapaian :
Naib Johan Pertandingan Menulis Esei Sempena Sambutan Ulang tahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Yang KE – 83

Pada :
27 Julai 2011 

Esei :
TAJUK  : MENJUNJUNG KASIH KE BAWAH DYMM  SULTAN PERAK

DYMM Sultan Perak adalah seorang raja yang berdaulat yang patut kita
hormati dan kasihi.   Ada pelbagai cara untuk kita menjunjung kasih ke bawah Duli
Tuanku.

            Sebagai rakyat negeri Perak kita haruslah mengetahui dan memahami
segala undang-undang negeri ini.  Kita haruslah mematuhi undang-undang supaya
keadaan negeri sentiasa aman dan makmur.  Oleh itu, negeri kita akan terus membangun dan maju.  Hidup kita juga akan lebih sejahtera dan selamat.

Selain itu, DYMM sultan adalah seorang raja yang amat dikagumi.  Baginda sentiasa menunjukkan contoh dan teladan yang baik yang patut menjadi ikutan rakyatnya.  Kecemerlangan baginda dalam bidang pelajaran misalnya. telah meletakkan baginda seorang peguam yang disegani kerana sikap adil dan bijaksana dalam menyelesaikan sebarang masalah.  Dalam bidang sukan pula, baginda melibatkan secara aktif dalam permainan hoki.  Keperibadian baginda haruslah dicontohi oleh semua rakyat jelata.

Kita juga seharusnya mengasihi baginda dengan cara sentiasa mengetahui dan
mengambil berat tentang latar belakang diri dan keluarga baginda.  Setiap kali hari keputeraan baginda pada 19 April hendaklah disambut dengan pelbagai acara dan majlis seperti majlis doa selamat dan bacaan yasin di masjid.  Selain itu, kita juga  boleh mengenali salasilah keluarga baginda  dengan mengunjungi Muzium Negeri  Perak di Kuala Kangsar.  Di sana segala maklumat diri dan kerabat baginda ada dipamerkan.
           
Kita sebagai rakyat, haruslah sentiasa mendoakan kesejahteraan baginda Sultan Perak dan kaum kerabat baginda sebagai tanda kasih yang tidak terhingga.Justeru, baginda akan terus memimpin negeri Perak dengan tenang dan berjaya serta penuh dengan jiwa kerakyatan.

Justeru, DYMM Sultan Perak selaku pemayung negeri Perak haruslah sentiasa disanjung dan disayangi.  Tanpa pemerintahan baginda yang adil dan bijaksana kucar-kacirlah hidup rakyat negeri Perak. Daulat Tuanku.


Daripada       : Saadatun Hana bt Faisal.
             Sk. Bagan Pasir,
                                   




 Guru Inovatif Sekolah Rendah
 Nama :
Noor Sabariah Binti Mohamad Marhom

Pencapaian :
Anugerah Peringkat Negeri Perak