Mengenai Kami

Visi
 Pendidikan Berkualiti Teras Kecemerlangan
Misi
Membangunkan Ilmu, Kemahiran dan Kerohanian
Warga Sekolah Secara Menyeluruh dan Bersepadu
Kearah Generasi Terbilang Melalui Permuafakatan.
Moto Sekolah
Hidup Berilmu
Slogan
Pendidikan Cemerlang, SKBP Terbilang
Matlamat Sekolah
Melahirkan Generasi Berilmu, Berakhlak Mulia dan Bermotivasi Tinggi Dalam Kehidupan Serta Peka Terhadap Persekitarannya
Falsafah Sekolah

Sentiasa Berdisiplin, Berilmu dan Berketrampilan Serta Permuafakatan Menjadi Amalan.
Keluhuran Budi dan Berakhlak Mulia Serta Kasih Kepada Semua Makhluk.
Berstrategik dan Terancang, Setia dan Harmoni Serta Cinta Kepada 
Kebersihan, Keindahan dan Keceriaan.
Patuh, Amanah, Jujur, dan Ikhlas Dalam Melaksanakan Tugas Serta 
Bersemangat Dalam Mencapai Cita-Cita.

Piagam Sekolah
Kami warga Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir Selekoh dengan penuh tekun dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
  1. Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar di sekolah ini.
  2. Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti dan selaras berasaskan kurikulum kebangsaan
  3. Memastikan semua guru memperolehi pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terkini secara sistematik
  4. Memastikan peperiksaan awam diurus secara sistematik dengan mematuhi semua prosedur yang ditetapkan.
  5. Memastikan ujudnya iklim sekolah yang berterusan
  6. Memastikan sekolah melaksanakan pelan peningkatan akademik bagi menjamin peningkatan yang berterusan dalam prestasi pepersiksaan awam.
  7. Memastikan peperiksaan awam dan peperiksaan dalaman diuruskan secara sistematik dan mematuhi prosedur.
  8. Memastikan warga sekolah dan persekitarannya bersih, ceria, selamat, sihat dan berkualiti.
  9. Memastikan murid-murid mematuhi peraturan dan tatacara persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  10. Memastikan semua murid Celik 3M
  11. Memastikan semua murid menyertai aktiviti kokurikulum
  12. Memastikan murid dan warga pendidikan memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang bahayanya dadah serta berupaya menjauhi dan menentangnya.
  13. Memastikan semua urusan perkhidmatan dan maklumat anggota perkhidmatan lengkap dan teratur.
  14. Memastikan semua warga pendidikan mendapat maklumat yang cepat dan tepat tentang peluang-peluang untuk peningkatan kerjaya.
12S
 
   
PENGHAYATAN 12S
     1. SABAR
Sabar menghadapi tingkahlaku murid serta ragam pelanggan yang pelbagai tidak mengambil tindakan secara melulu dan mengikut emosi tanpa  mengenalpasti permasalahan sebenar. Tidak mengeluarkan perkataan yang kurang baik serta intonasi yang boleh ditakrifkan sebagai keras dan kasar. Mengamalkan cara berkomunikasi yang bersopan tanpa dipengaruhi emosi dalam menghadapai sesuatu isu dan permasalahan.Sentiasa sabar menerima cabaran dan dugaan dalam menempuh arus pendidikan yang berubah-ubah

     2. SELIDIK
Mengamalkan budaya menyelidik dan menganalisis isu sebenar dalam menyelesaikan sesuatu isu atau  masalah Menggunakan data dan maklumat sahih sebagai fakta bagi mencapai sesuatu matlamat Menyediakan data yang lengkap serta kemaskini dalam semua aspek pengurusan pada setiap masa walaupun tidak dipinta oleh pihak atasan Sentiasa memastikan perkembangan terkini murid.Keluar masuk serta pertukaran murid direkod dan dipastikan selamat.

     3. SENYUM
Senyum dijadikan sebagai budaya sepanjang masa bagi staf dan warga sekolah.
Senyum dihayati sebagai sebahagian daripada ibadah yang dituntut.
Senyum ketika berkomunikasi, menyambut tetamu serta ketika menghadapi        tekanan atau sesuatu isu atau masalah.

     4. SALAM
Sentiasa memberi salam atau ucap selamat bila bertemu dengan mana-mana individu lain. Semua murid dikehendaki bersalaman dengan guru sebelum pulang sebagai tanda  terima kasih dan keberkatan ilmu pada hari tersebut.

     5. SEIRING
Permuafakatan dan perbincangan menjadi asas kepada semua aktiviti sekolah.
Menjadikan matlamat organisasi sebagai matlamat individu.
Penglibatan secara menyeluruh dikalangan warga sekolah dan komuniti dalam semua aktiviti yang dilaksanakan.
Bekerjasama dan bertolak ansur dalam melaksanakan tugas.
Bersatu menghadapi sebarang ancaman atau dugaan luar.
Bersama menjaga reputasi dan imej sekolah dari tercemar.

     6. SEMANGAT
Semua warga seklolah bersemangat dan jujur dalam melaksanakan tugas sama ada yang diamanahkan mahupun atas inisiatif sendiri demi mencapai matlamat      organisasi.
Menjadikankan visi organisai  sebagai matlamat diri.
Bersemangat kental dan bersedia menghadapi halangan dan risikio dalam mengejar matlamat organisai Menjadikan Falsafah Pendidikan Negara sebagai pegangan dalam melaksanakan tugas.
Sebagai seorang guru akan sentiasa memainkan perananmenimbulkan semangat belajar dikalangan murid-muridnya.
Sebagai seorang murid akan sentiasa bersemangat mengahadapi cabaran dalam pendidikan.

     7. SETIA
Semua warga sekolah mengamalkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi selaras dengan aku janji yang telah dipersetujui.
Sentiasa menjadikan kesetiaan sebagai suatu ibadah dan tuntutan dalam melaksanakan tugas.
Sentiasa menepati dan mematuhi segala arahan serta masa yang telah ditentukan oleh pihak atasan.
Sentiasa menghayati nilai organisasi disamping menghayati dan mengamalkannya.  Sebagai sorang murid perlu sentiasa mematuhi arahan dan nasihat daripada guru-guru dan warga yang lebih tua daripadanya.

     8. SEGAK
Semua warga sekolah juga kelihatan segak dengan mematuhi peraturan berpakaian yang telah ditetapkan.
Semua fesyen pakaian juga bersesuaian dengan kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berpakaian sesuai dengan arahan sama ada di dalam bilik darjah, luar bilik darjah, kokurikulum mahun pun majlis-majlis rasmi sekolah.

     9. SEGERA
Melaksanakan tugasan lebih awal dari masa yang  ditetapkan.
Sentiasa hadir dan bergerak lebih awal dari masa yang ditetapkan.
Menghadiri majlis sekolah lebih 20 minit awal dari pihak lain.
Sentiasa melihat kelewatan  adalah suatu kesalahan disamping menimbulkan masalah kepada organisasi keseluruhannya.
Menghayati kesegeraan itu sebagai satu kewajipan setiap individu.

     10. SAYANG
Sebagai sorang guru sentiasa sayang akan murid-murid, sekolah serta organisasinya.
Sentiasa menjaga keselamatan murid-murid serta sekolahnya dari ancaman dan kerosakan  luaran dan dalaman.
Sentiasa memikirkan kebajikan serta mengamalkan kasih sayang terhadap murid-muridnya.
Sebagai murid perlu mengamalkan dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru, rakan serta sekolahnya.Menjaga reputasi sekolah menjadi tuntutan bagi setiap ahli organisasi

     11. SENSITIF
Sentiasa sensitif dan bertindak positif dengan keadaan semasa sama ada pada persekitaran sekolah, bilik darjah, pencapaian, pembelajaran mahu pun kebajikan dan masalah disiplin murid serta keselamatan harta benda sekolah.
Sentiasa bersiap sedia dengan dokumen-dokumen yang diperlukan walaupun tidak diarahkan pada sesuatu ketika yang dikehendaki.
Sebagai ahli dalam organisasi sekolah, guru dan staf sekolah seharusnya mengambil tahu akan perkembangan dan permasalahan serta melibatkan diri dalam aktiviti sekolah pada setiap masa.
Sentiasa menimba ilmu sejajar dengan Matlamat ‘Sekolah Sebagai Sumber Ilmu’.
Sentiasa mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini setiap aktiviti sekolah.
Menjadikan Laman Maklumat sebagai sumber maklumat utama sekolah.

     12. SIHAT
Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah menepati kehendak pengurusan kantin sekolah disamping kebersihannya terjaga.
Mengamalkan senaman beramai-ramai sekali pada setiap minggu.
Memastikan penglibatan secara menyeluruh dan aktif dikalangan satf dan murid
sekolah dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
Mengamalkan kebersihan dan keteraturan bilik darjah serta persekitaran sekolah.
Memastikan pakaian murid dalam keadaan bersih dan selamat serta sesuai. Adalah diharapkan aktiviti begini akan mengujudkan sekolah selamat dan menyronokkan dikalangan satf dan murid-murid